JABATAN PENGAJIAN
MELAYU,
IPG Tengku
Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu : 5
Subjek : BBM 3105 Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer
Tempat : Makmal_____, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik : Membina dan
Menggunakan Tapak dan Laman Web Pengajaran
dan PembelajaranBagi Subjek Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan
sama ada melalui :
a. Laman web atau blog secara
capaian on-line internet.
b. Perisian Microsoft Power Point
dengan capaian hyperlink
Tugasan 1.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan laman web
atau blog.
Soalan 1 :
i. Apakah perbezaan dan persamaan antara laman web
dengan blog?
Sumber Rujukan :
|
||
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Tugasan 2.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan perisian
Microsft Power Point
Soalan 2:
Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip
CASPER dalam persembahan Power Point.
Sumber Rujukan;
|
||
Rumusan:
|
|||
Tanda Tangan Pelajar Tanda Tangan
Pensyarah
.................................................... ........................................................
( MOHD ISKANDAR ALAN (
)
BIN NORHANUDDIN )
Tarikh : ......................................
|
Minggu : 5/2013
Tarikh :
Masa :
10:30 PAGI – 01:30 TENGAH HARI
Topik : Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web
Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu
- Prosedur
pembinaan tapak pembelajaran bagi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur
pembinaan laman web pembelajaran bagi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina
dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
Soalan : 1) Apakah perbezaan dan persamaan antara
laman web
dengan blog?
2) Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip
CASPER
dalam persembahan Power Point.
Jawapan :
MAKSUD
LAMAN WEB:
Jaringan
Laman Web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web
merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu
perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan
(hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat
yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap
URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol
yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer
Protocol.
Laman
web ialah dokumen “HTML” pada
World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan
dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web
yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu
laman ke satu laman yang lain.
Maksud Laman Web menurut
Dictionary.com (2007:)
Computers.
a Web site that functions as an entry point to the Internet, as by providing
useful content and linking to various sites and features on the World Wide Web.
Terjemahannya
: Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan
kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam
Internet.
Menurut
Wikipedia (2007) sites on the World Wide Web that typically provide personalized
capabilities to their visitors.
Terjemahannya
: Laman web dalam Internet yang kebiasaanya menyediakan kemampuan
tertentu/tersendiri (personalized) kepada pengunjungnya.
Yahoo.education
memberikan terjemahan sebegini : A website considered as an entry point to
other websites, often by being or providing access to a search engine
Terjemahannya
: Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain,
kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.
World
Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk
mendapatkan maklumat, kita selalu berfikir tentang “net” dan “web” saling
memerlukan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun web hanya sebahagian
daripada internet, bahagian lain dari internet termasuklah sistem komunikasi
seperti email, mesej segera dan teknologi pertukaran maklumat seperti “file
transfer”, protocol (FTP) dan newsgroup. Apa yang membezakan web daripada
internet yang lain ialah 1.Menggunakan protokol komunikasi biasa (seperti
tcp/ip) dan bahasa khas (seperti hypertext markup language atau html) yang
sesuai dengan komputer yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain
dan memaparkan informasi dalam format compatible: 2. Ia menggunakan link khas
(hyperlink) yang memebolehkan pengguna untuk “jump” dari satu web ke web yang
lain.
Maksud laman web :
# Satu halaman dokumen hiperteks
Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Maksud laman web :
# Satu halaman dokumen hiperteks
Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman
web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman
web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan
hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. HTML digunakan untuk membuat
reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang
lain pada web.
Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri
daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau hompage.
Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang
terdapat di seluruh rangkaian internet.
Laman Web
Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW)ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link)ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library)
Laman Web
Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW)ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link)ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library)
MAKSUD BLOG:
Apa itu Blog? blog adalah
salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau
organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan
grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian
maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi
sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web
lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting
untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen.
Kebanyakan blog
dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya
mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog,
blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang
berkembang secara meluas pada setiap masa.
Micro-blogging
merupakan salah satu lagi blog berbentuk ‘post’ pendek. Pada Desember 2007,
Technorati iaitu enjin pencarian blog menjumpai lebih 112 juta blog di seluruh
dunia.
Contoh Blog : Anuar Ibrahim Blog | Mahathir Blog | Problogger
PRINSIP CASPER dalam penggunaan Power
Point:
Prinsip reka letak CASPER merupakan
panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu
persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton.
Skrin yang diletakkan
dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang dihasilkan
kurang menarik.
Prinsip reka letak CASPER adalah
berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:
|
Contrast (Perbezaan yang ketara)
Kunci atau prinsip contrast menyatakan
bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza iaitu
sangat berbeza. Idea utama di sebalik contrast ialah
untuk mengelak unsur dalam paparan kelihatan hampir sama. Contrast adalah
salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.
Contrast boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
- font jenis besar dan jenis kecil
- font berlainan muka taip
- garis halus dan garis kasar
- warna sejuk dan warna hangat
- tekstur licin dan tekstur kasar
- unsur mendatar dan unsur menegak
- garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
- grafik kecil dan grafik besar.

Alignment (Penjajaran)
Pereka grafik selalunya ingin
meletakkan teks dan grafik di mana terdapat tempat kosong di atas paparan tanpa
memikirkan item lain. Akibatnya keadaan menjadi berselerak, contohnya seperti
dapur yang berselerak dengan cawan di sini, piring di sana, napkin di atas meja
dan kain pencuci di atas lantai.
Dalam prinsip alignment, setiap
item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka
perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai
menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan
kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya
tidak janggal.
Item juga perlu mempunyai kaitan
secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian kursus.
Contoh:

Simplicity (Ringkas)
Grafik dan animasi perlu ringkas,
mudah dan dapat merangsang pengguna memahami maksud yang hendak
disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang
diletakkan di atas paparan seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan
merangsangkan pemikiran.
Visual yang dipilih perlulah
ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata
lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah
membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.
Contoh:

Proximity (Jarak antara objek)
Secara ringkas proximity boleh
dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik
serta jarak antara teks dan grafik.
Item-item yang mempunyai kaitan
antara satu sama lain berkaitan perlu dikumpulkan supaya dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah.
Item-item yang tidak berkaitan
pula harus dijarakkan untuk mengelakkan tindanan supaya dapat dilihat sebagai
membawa maklumat yang berlainan.
Hasilnya
paparan akan kelihatan menjadi satu unit visual yang mempunyai
beberapa unit maklumat yang terpisah.
Contoh:

Emphasis (Penekanan )
Pembangunan paparan perisian kursus
perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan
maklumat yang hendak disampaikan melalui paparan.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk
menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
· saiz
teks dan objek,
· bentuk
teks dan objek,
· susun
atur teks dan objek,
· warna
teks, warna objek dan warna latar,
· grafik dan
animasi.
Namun begitu adalah dinasihatkan
supaya tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik
perhatian, yang mana boleh
menyebabkan tumpuan lebih kepada elemen sampingan dan
bukan kepada maklumat sebenar yang hendak disampaikan melalui paparan.
Contoh:


Repetition (Pengulangan)
Kewujudan piawaian antara
paparan dapat membantu pengguna mentafsir dan memahami dengan mudah
mesej yang diberikan melalui perisian kursus.
Pengulangan penekanan
(emphasis) tertentu seperti warna latar dan saiz serta
bentuk font dalam persembahan akan membantu pemahaman pengguna terhadap
kategori mesej yang sedang disampaikan melalui perisian
kursus. Namun begitu pengulangan yang terlalu
banyak perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan paparan menjadi tidak menarik
sehingga tidak dapat menyampaikan mesej.
Dalam
keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang
berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi. Ini
membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap
media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama.
Panduan Asas Membina Slide Paparan Persembahan
Terdapat lima media yang digunakan dalam membina perisian
persembahan elektronik, iaitu teks, grafik, audio, video dan
animasi. Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima media ini
digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan
elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan
berkesan kepada pengguna.
Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan
yang negatif terhadap persembahan seperti:
i. Penggunaan
warna yang banyak dan menyilau menyebabkan mata pengguna akan merasa letih
ii. Paparan
persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu
banyak dalam sesuatu persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan
pengguna.
iii. Kandungan
kognitif yang terlalu banyak dalam satu paparan menjejas keupayaan pengguna
membentuk kefahaman seperti yang diharapkan oleh pembina persembahan.
Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pembinaan
Persembahan
Dalam pembinaan sesuatu persembahan, lima perkara berikut
perlu diberi perhatian iaitu:
Keperluan persembahan
Keperluan persembahan
Persembahan elektronik yang menggunakan kaedah tunjuk
cara adalah lebih sesuai kerana pembangun perisian menggunakan video berbanding
menggunakan gambar. Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih
sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.
Golongan sasaran pengguna
Dalam membangun persembahan yang mempunyai golongan
sasaran terdiri daripada golongan kanak-kanak TADIKA adalah lebih sesuai
pembangun perisian menggunakan animasi.Penggunaan animasi yang banyak pula
tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.
Lokasi persembahan
Persembahan di dewan yang besar tetapi menggunakan
teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan
pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan akhirnya akan
menyebabkan rasa bosan di kalangan penonton.
Makna kepada mesej persembahan
Persembahan yang membawa mesej yang sedih dan sayu
tetapi menggunakan warna panas dan terang adalah tidak sesuai sebaliknya warna
yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.
Memilih media yang berkaitan
Pembangun persembahan perlu memilih media yang
berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembangun
persembahan. Contohnya klip video yang menunjukkan senario kampus tidak sesuai dijadikan
video pengenalan untuk persembahan teknik bola sepak.
Mencipta kerangka persembahan menggunakan papan cerita
Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk secara
bersiri dan ia juga adalah skrin paparan yang digunakan dalam
aplikasi perisian multimedia. Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam
melakar papan cerita, pembangun perisian perlu mengaplikasikan prinsip reka
letak. Papan cerita disediakan di peringkat awal proses reka
bentuk. Papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian
tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam sesuatu persembahan multimedia.
Papan cerita perlu mengambil kira elemen berikut:
- warna atau objek latar paparan
· jenis
mata huruf, saiz dan warna teks,
· imej
seperti gambar dan grafik pegun,
· grafik
animasi,
· audio
iaitu suara serta bunyi latar dan objek bunyi,
· video
dan
· unsur
interaktif seperti hotspot
Kelebihan
papan cerita
Penyediaan papan cerita memberi beberapa kebaikan
berikut:
- Membolehkan
pembangun perisian kursus mencambah minda dan idea.
- Membolehkan
pembangun perisian merancang reka bentuk muka perisian kursus di peringkat
awal.
- Membolehkan
pembangun perisian kursus menzahirkan idea sebelum dipindahkan ke paparan
di komputer.
- Membolehkan
pembangun perisian kursus merancang dan mengaplikasikan teori
pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.
- Membolehkan
perubahan yang dikehendaki dilakukan dengan mudah.
- Menjimatkan
masa dan kos pembinaan perisian kursus.
- Mengurangkan
risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
- Membolehkan
pembangun perisian kursus mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian
kursus.
Contoh Papan Cerita 1:
Lakaran 1

Hasilnya:

Contoh Papan Cerita 2:
Lakaran 2

Hasilnya:

No comments:
Post a Comment