Blogger Layouts

TOPIK 5


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 5
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal_____, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik                         : Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pengajaran
  dan PembelajaranBagi Subjek Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer

Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan

1.

Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui :

a. Laman web atau blog secara capaian on-line  internet.

b. Perisian Microsoft Power Point dengan capaian hyperlink

Tugasan 1.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan laman web atau blog.

Soalan 1 :
i. Apakah perbezaan dan persamaan antara laman web
  dengan blog?

Sumber Rujukan :


Tarikh            :
Masa              : 

Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan 2.
Membina tapak pembelajaran dengan menggunakan perisian Microsft Power Point

Soalan 2:
Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip CASPER dalam persembahan Power Point.

Sumber Rujukan;



Rumusan:















Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah



      ....................................................                   ........................................................
         ( MOHD ISKANDAR ALAN                           (                                              )
             BIN NORHANUDDIN )                                                                                                          


Tarikh : ......................................








 Minggu          : 5/2013
Tarikh            :
Masa              : 10:30 PAGI – 01:30 TENGAH HARI
Topik                         : Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web
                          Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  Bahasa Melayu

-       Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
-       Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
-       Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu


Soalan           :  1) Apakah perbezaan dan persamaan antara laman web
                             dengan blog?

                         2) Jelaskan pemahaman anda tentang penggunaan Prinsip
                              CASPER    dalam persembahan Power Point.

Jawapan       :

MAKSUD LAMAN WEB:
Jaringan Laman Web
World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol. 
Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.
Maksud Laman Web menurut Dictionary.com (2007:)
Computers. a Web site that functions as an entry point to the Internet, as by providing useful content and linking to various sites and features on the World Wide Web.
Terjemahannya : Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam Internet.
Menurut Wikipedia (2007) sites on the World Wide Web that typically provide personalized capabilities to their visitors.
Terjemahannya : Laman web dalam Internet yang kebiasaanya menyediakan kemampuan tertentu/tersendiri (personalized) kepada pengunjungnya.
Yahoo.education memberikan terjemahan sebegini : A website considered as an entry point to other websites, often by being or providing access to a search engine
Terjemahannya : Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.
World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat, kita selalu berfikir tentang “net” dan “web” saling memerlukan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun web hanya sebahagian daripada internet, bahagian lain dari internet termasuklah sistem komunikasi seperti email, mesej segera dan teknologi pertukaran maklumat seperti “file transfer”, protocol (FTP) dan newsgroup. Apa yang membezakan web daripada internet yang lain ialah 1.Menggunakan protokol komunikasi biasa (seperti tcp/ip) dan bahasa khas (seperti hypertext markup language atau html) yang sesuai dengan komputer yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memaparkan informasi dalam format compatible: 2. Ia menggunakan link khas (hyperlink) yang memebolehkan pengguna untuk “jump” dari satu web ke web yang lain.

Maksud laman web :
# Satu halaman dokumen hiperteks

Maksud laman web:

~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Maksud laman web:
~Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.
Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.
Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau hompage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.

Laman Web
Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web(WWW)ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link)ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat
(Universal Virtual Library)



 MAKSUD BLOG:
Apa itu Blog? blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen.
Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa.
Micro-blogging merupakan salah satu lagi blog berbentuk ‘post’ pendek. Pada Desember 2007, Technorati iaitu enjin pencarian blog menjumpai lebih 112 juta blog di seluruh dunia.


PRINSIP CASPER dalam penggunaan Power Point:
Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton.
            Skrin yang diletakkan dengan media tanpa dirancang menyebabkan persembahan yang  dihasilkan kurang menarik.
            Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti berikut:

    C  -  Contrast             (Perbezaan yang ketara)
    A  -  Alignment           (Penjajaran)
    S  -  Simplicity            (Ringkas)
    P  -  Proximity            (Jarak antara objek)
    E  -  Emphasis           (Penekanan )
    R  -  Repetition          (Pengulangan)







  
Contrast   (Perbezaan yang ketara)
Kunci atau prinsip contrast menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza iaitu sangat berbeza. Idea utama di sebalik contrast ialah untuk mengelak unsur dalam paparan kelihatan hampir sama. Contrast adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Contrast  boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur  mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.

Contoh:






Alignment   (Penjajaran)
Pereka grafik selalunya ingin meletakkan teks dan grafik di mana terdapat tempat kosong di atas paparan tanpa memikirkan item lain. Akibatnya keadaan menjadi berselerak, contohnya seperti dapur yang berselerak dengan cawan di sini, piring di sana, napkin di atas meja dan kain pencuci di atas lantai.
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian kursus agar kelihatan menarik. Pembangun perisian kursus seharusnya pandai menyusun item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal.
Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian kursus.
Contoh: 
 






Simplicity  (Ringkas)
Grafik dan animasi perlu ringkas, mudah dan dapat merangsang  pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan.  Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas paparan seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. 
Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.  Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah.
Contoh:
 



Proximity   (Jarak antara objek) 
Secara ringkas proximity boleh dikatakan sebagai reka letak dari aspek jarak antara teks, jarak antara grafik serta jarak antara teks dan grafik.  
 Item-item yang mempunyai kaitan antara satu sama lain berkaitan perlu dikumpulkan supaya dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.
 Item-item yang tidak berkaitan pula harus dijarakkan untuk mengelakkan tindanan supaya dapat dilihat sebagai membawa maklumat yang berlainan. 
            Hasilnya paparan  akan kelihatan menjadi satu unit visual yang mempunyai beberapa unit maklumat yang terpisah.

Contoh:
 







Emphasis  (Penekanan )
Pembangunan paparan perisian kursus perlu kepada cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara dan maklumat  yang hendak disampaikan melalui paparan.
 Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
·        saiz teks dan objek,
·        bentuk teks dan objek,
·        susun atur teks dan objek,
·        warna teks, warna objek dan warna latar,
·        grafik dan animasi. 
Namun begitu adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian, yang mana boleh menyebabkan tumpuan  lebih kepada elemen sampingan dan bukan kepada maklumat sebenar yang hendak disampaikan melalui paparan.
Contoh:
 
                                    



Repetition  (Pengulangan)
Kewujudan piawaian antara paparan  dapat membantu pengguna mentafsir dan memahami dengan mudah mesej yang diberikan melalui perisian kursus.
            Pengulangan penekanan (emphasis) tertentu  seperti warna latar dan  saiz serta bentuk font dalam persembahan akan membantu pemahaman pengguna terhadap kategori mesej yang sedang disampaikan melalui perisian kursus.   Namun begitu pengulangan yang  terlalu banyak perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan paparan menjadi tidak menarik sehingga tidak dapat menyampaikan mesej.
            Dalam keadaan tertentu, suatu mesej boleh diulang dengan menggunakan media yang berlainan termasuk media teks, grafik, audio atau animasi.   Ini membolehkan pelbagai pengguna yang mempunyai kecenderungan berbeza terhadap media menggunakan sesuatu perisian kursus dengan tahap keberkesanan yang sama.

 Panduan Asas Membina Slide Paparan Persembahan
Terdapat lima media yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik, iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi.  Dalam satu persembahan elektronik tidak semestinya kelima media ini digunakan. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.
Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadap persembahan seperti:
        i.           Penggunaan warna yang banyak dan menyilau menyebabkan mata pengguna akan merasa letih
      ii.            Paparan persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan pengguna.
    iii.            Kandungan kognitif yang terlalu banyak dalam satu paparan menjejas keupayaan pengguna membentuk kefahaman seperti yang diharapkan oleh pembina persembahan.


Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pembinaan Persembahan
Dalam pembinaan sesuatu persembahan, lima perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu:

Keperluan persembahan
Persembahan elektronik yang menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai kerana pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar.  Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks.

Golongan sasaran pengguna
Dalam membangun persembahan yang mempunyai golongan sasaran terdiri daripada golongan kanak-kanak TADIKA adalah lebih sesuai pembangun perisian menggunakan animasi.Penggunaan animasi yang banyak pula tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.

Lokasi persembahan
Persembahan di dewan yang besar tetapi menggunakan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat membaca mesej yang hendak di sampaikan dan akhirnya akan menyebabkan rasa bosan di kalangan penonton.

Makna kepada mesej persembahan
Persembahan yang membawa mesej yang sedih dan sayu tetapi menggunakan warna panas dan terang adalah tidak sesuai sebaliknya warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.

Memilih media yang berkaitan
Pembangun persembahan perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembangun persembahan. Contohnya klip video yang menunjukkan senario kampus tidak sesuai dijadikan video pengenalan untuk persembahan teknik bola sepak.

Mencipta kerangka persembahan menggunakan papan cerita
Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk secara bersiri dan ia juga adalah  skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi perisian multimedia. Paparan skrin perlu dirancang dengan baik. Dalam melakar papan cerita, pembangun perisian perlu mengaplikasikan prinsip reka letak. Papan cerita  disediakan di peringkat awal proses reka bentuk.  Papan cerita merupakan lakaran imaginasi pembangun perisian tentang apa yang hendak dipaparkannya dalam sesuatu persembahan multimedia.

Papan cerita perlu mengambil kira elemen berikut:
  • warna atau objek latar paparan
·        jenis mata huruf, saiz dan warna teks,
·        imej seperti gambar dan grafik pegun,
·        grafik animasi,
·        audio iaitu  suara serta bunyi latar dan objek bunyi,
·        video dan
·        unsur interaktif seperti hotspot

Kelebihan papan cerita           
Penyediaan papan cerita memberi beberapa kebaikan berikut:
  1. Membolehkan pembangun perisian kursus mencambah minda dan idea.
  2. Membolehkan pembangun perisian merancang reka bentuk muka perisian kursus di peringkat awal.
  3. Membolehkan pembangun perisian kursus menzahirkan idea sebelum dipindahkan ke paparan di komputer.
  4. Membolehkan pembangun  perisian kursus merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dengan mudah.
  5. Membolehkan perubahan yang dikehendaki dilakukan dengan mudah.
  6. Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian kursus.
  7. Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
  8. Membolehkan pembangun perisian kursus mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian kursus.


Contoh Papan Cerita 1:
Lakaran 1
Hasilnya:

Contoh Papan Cerita 2:
Lakaran 2
Hasilnya:



No comments:

Post a Comment