Blogger Layouts

TOPIK 10



JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 10
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal ___-, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik                         : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran
                        Kemahiran Bahasa Melayu

Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan video dan audio dalam pengajaran dan pembelajaran?

Sumber Rujukan :



Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan:

Bina bahan video dan audio untuk Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Perisian Movie Maker.
Tempoh persembahan bahan adalah untuk sekurang-kurangnya lima minit.


Rumusan:







                                                                                      

Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

 ..............................................                          ...................................................
                                     (                                                       )                 (                                                       )



Tarikh : ......................................






Minggu          : 10/2013
Tarikh             :
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Topik             :  Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran
                         Kemahiran Bahasa Melayu
                         
Soalan           :  

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan bahan video dan audio dalam pengajaran dan pembelajaran?

Jawapan        :


VIDEO
Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV
MPG – Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD. 
AVI (Audio Video Interleave ) – Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.
MOV – Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.
Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF


AUDIO 
Audio/bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. 
Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:
AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format) – Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) – Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) – Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
SND/Sound – Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE/ WAV – Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO/ AU – Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
MPEG (Moving Picture Experts Group) – Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.
Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
Menggunakan perisian Microsoft Window Power Point 2007



Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:



Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari iti kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip Pembinaan Bahan Video dan Audio :


Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. 
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
-Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.

- Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.




Panduan meggunakan elemen video

· Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling
dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain.
Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses
penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para
pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
· Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,antaranya ialah :






(i) Membina bahan video


Langkah 1 & 2



Langkah 3



Langkah 4



langkah 5

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.



Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.


No comments:

Post a Comment