JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu : 3
Subjek : BBM 3105 Pengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat : Makmal 3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik : Aplikasi Garis Panduan
dan Etika
Penggunaan Internet
-Memuat turun garis panduan dan etika
penggunaan Internet
penggunaan Internet
-Memindahkan
garis panduan dan etika
penggunaan Internet dalam bentuk brosur
dan PowerPoint
penggunaan Internet dalam bentuk brosur
dan PowerPoint
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
1.1
Muat turun
garis panduan dan etika penggunaan internet dan simpan ke folder yang
berkaitan.
Soalan:
1.2
Apakah yang
dimaksudkan dengan garis panduan dan etika penggunaan internet.
Lampiran : Rujuk Folder Teks
|
||
Tarikh :
Masa :
|
|||
Bil.
|
Perkara
|
Catatan
|
|
1.
|
Aplikasi garis panduan dan etika
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer dalam bentuk:
1. Persembahan Power Point
Butiran:
1.1 Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis,
Pahang. (Logo Institut)
1.2 BBM 3105
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer
1.3 Disediakan Oleh :
1.4 Pensyarah Subjek :
1.5 Tajuk
1.6 Isi
1.7 Penghargaan
1.8 Sekian/ Tamat
|
||
2.
|
Aplikasi garis panduan dan etika
penggunaan internet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer dalam bentuk bahan grafik “BROSUR” menggunakan perisian
MS Word atau lain-lain perisian yang sesuai dan simpan dalam folder “GRAFIK”
2. Brosur
1.1 Teknik penghasilan brosur adalah seperti berikut :
Muka
surat 1:
Ruang kanan
i.
Tajuk – ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
ii.
Grafik (Imej)
Ruang Tengah
i. Nama jabatan
ii. Nama
IPG
iii. Logo IPG
Ruang Kiri
i. Kod dan
Nama Subjek
ii.
Disediakan oleh
iii.
Pensyarah subjek
Muka
surat 2
Isi:
|
||
4.
|
Rumusan :
|
Mingggu :
3/2013
Tarikh/Masa :
Topik : Aplikasi Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet
-Memuat turun garis panduan dan
etika penggunaan Internet.
-Memindahkan garis panduan dan etika
penggunaan Internet dalam bentuk brosur
dan PowerPoint.
1.1 Muat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
dan simpan ke folder
yang berkaitan.
Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan garis panduan dan etika penggunaan internet.
Jawapan:
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah
membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel
dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan
kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu
saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula,
kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat
dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet
dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru,
perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi
menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan
internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen
rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
Contoh garis panduan dan etika penggunaan internet
1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.
2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang.
3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.
5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.
6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.
No comments:
Post a Comment