Blogger Layouts

TOPIK 7


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Kampus Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 7
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik                         : Mengapikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam
  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Soalan:
1. Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat
2. Huraikan jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam
    pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan
    Komputer seperti di bawah:
      i. Model Assure
      ii. Model Teori Behaviouris
-          Model Hanaffin and Peck
-          Model Addie
      iii. Model Konstuktivisme
-          Model Hipermedia
      iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey  


Sumber Rujukan :


Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
2.

Tugasan:
Sediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model ASSURE dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3.
Rumusan :






                                                                                      


      Tanda Tangan Pelajar                                     Tanda Tangan Pensyarah

  ..............................................                           .....................................................
   (  MOHD ISKANDAR ALAN                             (                                                )                                                     
        BIN NORHANUDDIN )


Tarikh : ......................................



Minggu          : 7/2013

Tarikh             :
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Topik              : Mengapikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam
  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Soalan           :   

1.    Berikan definisi Model Pemprosesan Maklumat
2.    Huraikan jenis-jenis model yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer seperti di bawah:
                                                i.  Model Assure
                                                ii. Model Teori Behaviouris
·         Model Hanaffin and Peck
·         Model Addie
                                                iii. Model Konstuktivisme
·         Model Hipermedia
                                                iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey 

Jawapan        : 1
           
Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat.Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.Langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat:
·         Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru & pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.
·         Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan dengan topik yang akan diajar.
·         Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.Cth: Edarkan hand out, penyediaan slaid Powerpoint. 
·         Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer. 
·         Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima & memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima.
·         Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek). 
·         Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas (ingatan jangka panjang).

Jawapan        : 2

i. Model Assure
Model Reka bentuk pengajaran ASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective (nyatakan obj)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran  dan sikap yg baru utk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demostrasi, latihan tubi.Media; kreteria- (1)sepadan dgn kuri (2) maklumat tpt/tkini (3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak plibatan pel (6)kualiti teknikal  (7) terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bhn (2) sediakan bhn (3) sediakn psekitarn (4)sedikn plajar (5)sed pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglbtn pel); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pel (2)pembelajaran yd terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

1.    Analyze Learner (Analisis Pelajar)
Pelajar terdiri daripada 20 orang pelajar di mana 16 orang pelajar adalah lelaki manakala selebihnya perempuan. Kesemua pelajar tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal di asrama. Kesemua pelajar ini juga berasal daripada keluarga miskin dan mereka berumur dalam lingkungan 9 – 10 tahun.
80% pelajar tidak mengetahui apa yang dikatakan dengan penyakit berjangkit dan mereka hanya mengetahui nama penyakit yang mereka hidapi sahaja. Stail pembelajaran pelajar-pelajar ini rata-ratanya adalah kinestatik di mana mereka suka bergerak-gerak dan menganggu rakan-rakannya.
2.    State Objective (Nyatakan Objektif)
Pelajar dapat menamakan sekurang-kurangnya 3 jenis penyakit berjangkit dan cara penyakit boleh merebak. Selain itu, pelajar mengamalkan sikap bantú-membantu apabila dalam perbincangan.

3.    Select Method, Media and Materials (Nyatakan Kaedah, Media dan Bahan)
ü  Kaedah = Perbincangan
ü  Media = Papan tulis, “marker pen”, LCD Projector, Laptop, PersembahanPowerpoint.
ü  Bahan = Lembaran kerja (silang kata).
4.    Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan)
Guru akan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai penyakit berjangkit. Pertama, guru bertanya kepada murid-murid yang pernah sakit jenis penyakit yang mereka hadapi masa itu. Kemudian ,guru akan mencatatkan semua penyakit yang dinyatakan oleh murid-muridnya di papan tulis. Murid-murid juga  ditanya mengapa mereka mudah menghidap penyakit. Pada masa yang sama guru akan sentiasa membimbing murid-murid dalam menjawab soalan. Selepas perbincangan, guru akan mengedarkan lembaran kerja berbentuk silang kata kepada murid-murid bagi mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. murid diberi tempoh masa tertentu dalam menyiapkan lembaran kerja tersebut.
5.    Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)
Selepas menyiapkan tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan bertukar-tukar kertas dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain. Murid-murid akan dibimbing oleh guru dalam proses menyemak kertas tersebut. Selepas selesai menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan mengadakan kuiz kepada mereka. kuiz adalah berdasarkan apa yang mereka telah pelajari sebelum itu berkaitan penyakit berjangkit. Kumpulan yang memungut markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru.
6.    Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
Penilaian adalah berdasarkan kepada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan berdasarkan kuiz yang dijalankan. Setiap murid juga akan disoal secara inidividu dalam proses perbincangan semasa P&P. Murid dianggap menguasai apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. 
Sekiranya masih terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti P&P, guru akan mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan pemulihan. 
ii. Model Teori Behaviouris

a)    Model Hanaffin and Peck
Model Hannafin dan Peck adalah model reka bentuk pembelajaran yang terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, dan fasa pengembangan dan implementasi (Hannafin &  Peck, 1988). Dalam model ini, penilaian dan pengulangan perlu dijalankan dalam setiap fasa. Model ini lebih berorientasi produk, melalui tiga fasa:
Fasa pertama,  adalah analisis kebutuhan dilakukan dengan mengidentifikasi kebutuhan-kebutuhan dalam mengembangkan suatu media pembelajaran termasuklah di dalamnya tujuan dan objektif media pembelajaran yang dibuat, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh kelompok sasaran, peralatan dan keperluan media pembelajaran.
Fasa  kedua, adalah fasa reka bentuk, informasi dari fasa analisis dipindahkan ke dalam bentuk dokumen yang akan menjadi tujuan pembuatan media pembelajaran. Fasa reka bentuk bertujuan untuk mengidentifikasikan dan mendokumenkan kaedah yang paling baik untuk mencapai tujuan pembuatan media tersebut. Salah satu dokumen yang dihasilkan dalam fasa ini adalah dokumen story board yang mengikut urutan aktifitasi  pembelajaran berdasarkan keperluan pelajaran dan objektif media  pembelajaran seperti yang diperoleh dalam fasa analisis keperluan.
Fasa ketiga adalah fasa pengembangan dan implementasi, terdiri dari penghasilan diagram alur, pengujian, serta penilaian formatif dan penilaian sumatif.  Dokumen story board akan dijadikan landasan bagi pembuatan diagram alir yang dapat membantu proses pembuatan media pembelajaran. Untuk menilai kelancaran media yang dihasilkan seperti kesinambungan link, penilaian dan pengujian dilaksanakan pada fasa ini. Model Hannafin dan Peck (1988) menekankan proses penilaian dan pengulangan harus mengikut sertakan proses-proses pengujian dan  penilaian media pembelajaran yang melibatkan ketiga fase secara berkesinambungan.
                       

b)   Model Addie

Rajah:  Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
a.    Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
·         Analisa(Analysis)
·         Reka Bentuk(Design)
·         Pembangunan(Development
·         Perlaksanaan(Implementation)
·         Penilaian(Evaluation)

ü  Matlamat perisian
ü  Objektif perisian
ü  Kumpulan sasaran
ü  Kandungan perisian
ü  Pendekatan pedagogi
ü  Strategi penggunaan perisian
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

b.    Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

c.    Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

d.    Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah:
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan
lagi kualiti perisian.

e.    Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.

iii. Model Konstuktivisme
Teori konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai  proses mencari makna yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di sekitar kehidupan pelajar.  Teori ini juga menekankan aspek pengalaman dan persekitaran yang dapat menggalakkan pembelajaran. Salah satu bentuk model pembelajaran yang menyokong  teori konstruktivisme ialah model hipermedia yang diperkenalkan oleh Spiro.
        (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003).

·         Model Hipermedia
Model ini berperanan pembelajaran boleh berlaku pada aras yang lebih tinggi seperti yang ditekankan oleh teori konstruktivisme.  Model ini memberi tumpuan kepada proses pembelajaran berasaskan teknologi multi media dan internet.  Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perkara-perkara berikut.
          I.        Menetapkan Domain
ü  Tiga domain iaitu domain kognitif, afektif, dan psikomotor
ü  Menentukan kes-kes yang terbabit di dalam domain
ü  Mengenal pasti kelemahan pelajar. 
ü  Merancang aktiviti pengajaran sama ada di peringkat pendedahan, pengayaan atau pemulihan yang bersesuaian dengan taksonomi Bloom dan juga KBT.

        II.        Menentukan tema dan perspektif
ü  Menetapkan apa yang hendak dicapai selepas sesuatu pengajaran.
ü  Mengolah bahan.
ü  Bahan bersifat autentik bagi membantu pelajar memindahkan maklumat yang diperolehi keluar daripada ruang lingkup pembelajaran.

       III.        Kuasa kawalan
ü  Murid-murid meneroka alam siber berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru.
ü  Guru bertugas sebagai moderator dan juga fasilitator.  
ü  Guru turut sama mengambil bahagian.

      IV.        Pemetaan laluan 
ü  Menyedia dan menyusun alamat-alamat tapak yang perlu dilawati.
ü  Memberikan kata kunci kepada murid-murid untuk digunakan pada kotak pencari seperti Yahoo atau Alta Vista dan mesin pencari serta jaringan perayau yang lain.
ü  Menyelesaikan tugasan.

       V.        Refleksi
ü  Membuat kesimpulan berdasarkan objektif pengajaran.
ü  Menyedarkan murid-murid tentang proses dan aktiviti yang telah mereka lalui berdasarkan domain pembelajaran.

iv. Model Pendekatan Sistem Dick dan Carey 
Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah di bawah menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.
·         Analisis
·         Reka bentuk
·         Penyelenggaraan
·         Implementasi
·         Pengujian
·         Pembangunan
Rajah : Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.
·         Kenal pasti matlamat pengajaran
·         Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat
·         Penilaian formatif
·         Bina atau pilih bahan pengajaran
·         Bina strategi pengajaran
·         Bina item ujian rujukan criteria
·         Tulis objektif prestasi
·         Penilaian sumatif
·         Buat analisis pengajaran


No comments:

Post a Comment