Blogger Layouts

TOPIK 4


JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 4
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran 
                           Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik              : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
                          Pembelajaran Bahasa Melayu
-       Memilih bahan sastera
-       Memilih bahan tatabahasa
-       Memilih bahan bidang ilmu lain

Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Memilih bahan sastera yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Simpan bahan berdasarkan kategori audio, video, grafik dan teks dalam folder “Sastera”.
Contoh bahan:
1.1  Cerpen                   
1.2  Sajak                      
1.3  Syair
1.4  Pantun

Soalan :  Nyatakan salah satu aspek kesusasteraan (gaya bahasa, tema, persoalan, perwatakan, dll) yang digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu



Lampiran: Rujuk kepada folder “Sastera” dalam Topik 4

2.
Memilih bahan “Tatabahasa” yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu:
Simpan bahan berdasarkan kategori audio, video, grafik dan teks dalam folder “Tatabahasa”.

Contoh bahan:
2.1 Kata Nama      
2.2 Kata Kerja
2.3 Kata Adjektif
2.4 Kata Tugas
2.4 Ayat
2.6 Peribahasa

Lampiran  : Rujuk kepada folder “Tatabahasa” dalam Topik 4
Pembentangan hasil pembelajaran bagi topik 3, iaitu :


Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Memilih bahan “bidang ilmu lain” yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu:
Simpan bahan berdasarkan kategori audio, video, imej dan teks dalam folder “Bidang Ilmu Lain”.
Contoh bahan:
Bahan daripada mata pelajaran lain yang boleh diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Sumber Rujukan :

Lampiran             : Rujuk kepada folder “Bidang Ilmu Lain”
                             dalam Topik 4
Rumusan:



                   



Mingggu        : 4/2013
Tarikh/Masa  :
Topik              : Pemilihan Bahan Internet untuk 
                          Pengajaran dan  Pembelajaran 
                          Bahasa Melayu
-       Memilih bahan sastera
-       Memilih bahan tatabahasa
-       Memilih bahan bidang ilmu lain

1.    Memilih bahan sastera yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Simpan bahan berdasarkan kategori audio, video, grafik dan teks dalam folder “Sastera”.
Contoh bahan:
1.1  Cerpen                   
1.2  Sajak                      
1.3  Syair
1.4  Pantun

Soalan : 
Nyatakan salah satu aspek kesusasteraan (gaya bahasa, tema, persoalan, perwatakan, dll) yang digunakan dalam proses pengajaran sastera Bahasa Melayu

Jawapan:
  • Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  • Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.

·         
  • Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
  • Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  • Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
  • Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
  • Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
  •  Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  • Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
  •  Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
  •  Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
  •  Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
  • Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
  •  Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.


Binaan plot:
  • Plot  ialah  sesuatu  yang  menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
  • Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
  • Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot  ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
  • Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
  • Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
  • Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
  • Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
  • Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
  • Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

          
  • Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
  • Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:

(a)    Imbas kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

(b)    Imbas muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

(c)    Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

(d)    Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?

(e)   Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

 (f)   Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.

Latar
  • Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
  • Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
  • Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
  • Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

            (a) Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

            (b) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

(c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

(d) Latar peralatan cerita dan watak
  •   Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.



Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a) Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej.
(b) Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang.
(c) Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada darisegi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e) Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya.
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secaraberlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g) Sinkof
Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi. Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i) Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j) Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k) Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak.
Anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
Epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
Repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l) Perlambangan
Merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
  

Antara contoh nilai ialah:
  •  Baik hati
  •  Berdikari
  •  Hemah tinggi 
  •   Hormat-menghormati
  •  Kasih sayang
  •  Keadilan
  •  Kebebasan
  •  Keberanian
  •  Kebersihan mental dan fizikal
  •   Kejujuran
  •  Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.


·        
  • Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
  • Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
  • Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan

-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….

  •   Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….    
       …diikuti dengan contoh dalam teks.  


No comments:

Post a Comment