Blogger Layouts

TOPIK 8



JABATAN PENGAJIAN MELAYU,
IPG Tengku Ampuan  Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.
Minggu          : 8
Subjek           : BBM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  Berbantukan Komputer
Tempat          : Makmal 3, Jabatan Teknologi Pendidikan
Topik                         : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian (online) dan
  Luar Talian (offline)

Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.

Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
Soalan
1.1   Apakah yang dimaksudkan  pengajaran dalam talian dan luar talian?
1.2   Huraikan perkara-perkara berikut:
a) TMK untuk Pembelajaran Tutorial
b) TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 

Sumber Rujukan :



Tarikh            :
Masa              :
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tugasan : Hasilkan satu simulasi pengajaran atas talian.
                 (Rujuk modul BMM3105 Program
                  pensiswazahan Guru – PPG)


2.
Rumusan:











Tanda Tangan Pelajar                                Tanda Tangan Pensyarah

 ..............................................                     ...................................................



Tarikh : ......................................




Minggu          : 8/2013
Tarikh             :
Masa              : 10.30 pagi – 1.30 petang
Topik              : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian (online) dan   Luar Talian (offline)
                                               
Soalan           :   

1.1 Apakah yang dimaksudkan  pengajaran dalam talian dan luar talian?
1.2 Huraikan perkara-perkara berikut:
a) TMK untuk Pembelajaran Tutorial                                                            b) TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 

Jawapan        :

Apakah yang dimaksudkan  pengajaran dalam talian dan luar talian?

Pengajaran secara dalam atau atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Huraikan perkara-perkara berikut:
a) TMK untuk Pembelajaran Tutorial 
b) TMK untuk Pembelajaran Penerokaan 


a)
TMK dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
·         Pembelajaran ekspositori,( Pembelajaran ekspositori merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif ).
·         Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan
·         Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

Alat TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) diguna untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam p&p. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan TMK, perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia.
Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut:
·         mempersembahkan maklumat, 
·         membimbing, 
·         menyediakan/memberi latihan, dan 
·         menilai pencapaian

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasar kepada model tradisional p&p, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).

Bagaimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
·         mengakibat pembaziran masa dan tenaga.
·         menghalang penggunaan kemudahan TMK yang lebih produktif.
·         menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan TMK. 
·         mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu.

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
·         Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
·         Ada peralatan TMK yang sesuai untuk melaksana perisian. 
·         Ada kemahiran mengendali peralatan TMK. 
·         Ada keperluan untuk mengguna TMK (penggunaan TMK dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki).

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan TMK, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
·         Lokasi peralatan TMK (dalam kelas atau di luar kelas). 
·         Penggunaan secara berkumpulan atau individu. 
·         Penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan.

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:
·         Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.
·         Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
·         Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.
·         Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

Apa Kelebihan Mengguna TMK?
Dapat mengindividukan pembelajaran
Murid belajar mengikut kemampuan sendiri. 
Meningkatkan motivasi murid untuk belajar. 
Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

b)
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:-
·         mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
·         mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
·         melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan.
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang member penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh;
Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta. Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack. ( atau untuk mendownload program tersebut di )
Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penorakaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
·         pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.
·         pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
·         aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
·         aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan
·         Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
·         Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
·         Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
·         Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment